JENAYAH & MAHKAMAH

Kematian pempengaruh Taiwan: Polis klasifikasi semula sebagai kes bunuh, Namewee akan ditahan

KUALA LUMPUR – Seorang pempengaruh wanita warga Taiwan ditemukan mati di dalam bilik air sebuah hotel di Jalan Conlay, di sini, pada 22 Oktober lalu.

Memetik laporan Harian Metro, ketika kejadian, penyanyi rap tempatan Wee Meng Chee atau lebih dikenali sebagai Namewee, 42, turut berada dalam bilik sama.

Namewee kemudiannya ditahan selepas polis mengesyaki dia memiliki dan menggunakan dadah.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, polis mengklasifikasikan kes berkenaan sebagai kes bunuh.

“Dalam laporan sebelum ini, kes berkenaan diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR) terhadap wanita warga asing yang ditemui di sebuah hotel, di sini, pada 22 Oktober lalu.

“Kes ini diklasifikasikan semula sebagai kes bunuh dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan siasatan lanjut kes sedang dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Susulan daripada klasifikasi kes ditukar dari SDR kepada siasatan kes bunuh, Namewee bakal ditahan dalam masa terdekat.

Dalam kejadian jam 1.40 tengah hari, 22 Oktober lalu, mangsa Hsieh Yun Hsin yang berusia 31 tahun diemukan terbaring dalam tab mandi.

Dia dilaporkan memasuki negara ini pada 20 Oktober melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA1).

Mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk dibedah siasat.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button