
Keluar kenyataan ugutan jenayah terhadap PM: Guru agama ditahan reman 4 hari
ALOR SETAR – Polis menahan seorang lelaki yang juga guru agama di sebuah sekolah agama di sini selepas mengeluarkan satu kenyataan berbentuk ugutan jenayah terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui aplikasi WhatsApp.
Menurut Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh, suspek telah ditahan oleh sepasukan pegawai dan angota polis daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim dan IPD Padang Terap di Kulim hari ini.
“Polis telah menerima laporan pada jam 5.33 petang semalam di Balai Polis Kampung Tanjung.
“Laporan polis oleh satu lelaki Melayu yang mengatakan telah mengesan satu posting di applikasi facebook Team Cytop dan telah terlihat satu posting tangkap layar komen dalam aplikasi group WhatsApp kenyataan oleh Ustaz Shafie MMKL yg berbunyi “Anuar semakin gila dah ni… rata2 org bercakap benda ni memang agenda Zionis.. Dia memangbsah tali barut Zionis…. Boleh bunuh dah dia ni,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pada masa sama katanya, polis juga menerima empat laporan polis yang lain berhubung kes sama.
Sehubungan itu katanya, suspek telah direman selama empat hari sehingga 4 Disember ini.
Katanya, kes telah disiasat di bawah Sekyen, 507 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya dan Seksyej 233 AKMM yang membawa hukuman penjara sehingga setahun atau denda sehingga RM50,000,” katanya.
Sementara itu katanya, siasatan kes itu juga telah diambil alih oleh USJKT Bukit Aman.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








