BERITA SEMASADALAM NEGERI

Kehilangan ikan kelah di santuari Kenyir cetus tanda tanya

KUALA TERENGGANU – Pengunjung Santuari Kelah, Tasik Kenyir, dekat sini kecewa apabila lokasi tumpuan yang biasanya dipenuhi ribuan spesies ikan dilindungi itu ‘kosong’.

Kejadian yang disedari sejak Selasa lalu itu menimbulkan tanda tanya dalam kalangan pengunjung dan juga pengendali pelancong ke kawasan tersebut.

Bukan sahaja ‘fenomena’ itu tidak pernah berlaku sebelum ini bahkan spesies ikan lain juga dikatakan tidak kelihatan.

Situasi luar biasa itu menimbulkan kekecewaan, terutama bagi pelancong yang datang dari jauh dengan harapan dapat menyaksikan sendiri keunikan ikan kelah, tarikan utama di Tasik Kenyir.

Seorang pengunjung dari Johor berkata, dia dan keluarganya berasa rugi kerana telah membayar harga tiket yang agak tinggi namun pulang tanpa pengalaman yang dijanjikan.

“Kami datang semata-mata mahu melihat ikan kelah seperti yang selalu dipromosikan, tetapi sampai sini langsung tiada. Memang kecewa,” katanya.

Ada juga pengunjung dan pengendali bot yang percaya kehilangan ikan tersebut mungkin berpunca daripada perbuatan pihak tidak bertanggungjawab, memandangkan kejadian seperti ini tidak pernah berlaku sebelum ini.

Sehubungan itu, pelancong mahu pihak berkuasa atau pakar menyiasat kejadian tersebut sebagai langkah melindungi habitat semula jadi hidupan berkenaan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button