BERITA SEMASA

Keadaan Bung Moktar kritikal, alami kegagalan fungsi buah pinggang, jangkitan teruk pada paru-paru

KOTA KINABALU – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin difahamkan berada dalam kritikal akibat kegagalan fungsi buah pinggang dan jangkitan teruk pada paru-paru.

Perkara itu disahkan Setiausaha UMNO Sabah, Datuk Jafry Ariffin ketika dihubungi malam ini, lapor SH Online.

BACA JUGA:
‘Selama 16 tahun saya melihat kebaikannya’ – Zizie Ezette
Solat hajat pohon doa, kesembuhan buat Bung Moktar
Bung Moktar dirawat di hospital

Beliau turut memohon orang ramai supaya mendoakan kesembuhan pemimpin berkenaan.

“Kedua-dua buah pinggang mengalami kegagalan dan paru-paru dijangkiti dengan teruk.

“Mohon doakan agar segala urusan dipermudahkan,” katanya ringkas.

Laporan media sebelum ini menyebut, Bung Moktar sedang menerima rawatan di sebuah hospital swasta di sini, dan dilaporkan dalam keadaan kritikal oleh sebuah portal berita tempatan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button