BERITA SEMASA

Kapal Oxygono dipintas IDF, komunikasi terputus selepas 5 minit

KUALA LUMPUR – Sebuah kapal misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla dikenali sebagai Oxygono dilaporkan dipintas oleh tentera Israel (IDF) sekitar jam 6.20 pagi waktu tempatan, hari ini.

Rakaman kamera di atas kapal itu tiba-tiba terpadam lima minit selepas pemintasan berlaku, sekali gus menyebabkan komunikasi dengan pasukan berkenaan terputus.

Kapal Oxygono merupakan sebahagian daripada konvoi flotilla antarabangsa yang membawa bantuan kemanusiaan, khususnya bekalan perubatan dan makanan, untuk disalurkan kepada penduduk Gaza yang berdepan krisis akibat sekatan berpanjangan rejim Israel.

Insiden itu menambah kebimbangan terhadap keselamatan puluhan aktivis dan sukarelawan antarabangsa yang menyertai misi berkenaan, selepas beberapa kapal lain dalam flotilla turut dilaporkan dipintas serta aktivis ditahan pihak berkuasa Israel.

Misi Global Sumud Flotilla sebelum itu menegaskan bahawa konvoi itu adalah inisiatif sah di sisi undang-undang antarabangsa bagi menyalurkan bantuan kemanusiaan, namun sering berdepan tindakan keras rejim Zionis.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button