BERITA SEMASAJENAYAH & MAHKAMAH

Kakitangan JKR Pahang dikhuatiri lemas selepas terjatuh dari bot ketika memancing

ROMPIN – Aktiviti memancing seorang kakitangan Jabatan Kerja Raya (JKR) Pahang bertukar tragedi apabila dia dikhuatiri lemas selepas terjatuh dari bot di Sungai Kedaik Asal berhampiran Kampung Kedaik Lama, Muadzam Shah, di sini pagi tadi.

Mangsa, Saharudin Harun, 44, dilaporkan tercampak ke dalam sungai kira-kira pukul 10 pagi selepas bot yang dinaikinya bersama seorang rakan dipercayai terlanggar tali pukat. Rakannya bagaimanapun terselamat.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, arus deras menyebabkan mangsa dihanyutkan sebelum hilang dari pandangan.

“Seramai 12 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Muadzam Shah serta Pekan dikejarkan ke lokasi sebaik menerima laporan pada pukul 10.28 pagi.

“Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) bomba turut digerakkan untuk melakukan selaman skuba di kawasan mangsa dilaporkan hilang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, paras sungai di lokasi melebihi dua meter dengan arus deras ekoran musim hujan, sekali gus menyukarkan operasi.

Misi mencari dan menyelamat (SAR) turut dibantu polis, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan penduduk kampung.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button