BERITA SEMASA

Agong, Raja Permaisuri luang masa memancing bersama

RAWANG – Yang Di Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan berangkat melakukan aktiviti rekreasi memancing di kolam pancing Afprow 3, Templer Saujana Rawang, di sini petang semalam.

Turut berangkat sama, paduka anakanda Seri Paduka Baginda, Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah, Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Ilisha Ameera dan Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Ilyana.

Istana negara dalam satu kenyataan di Facebook hari ini memaklumkan, semasa aktiviti memancing tersebut, Seri Paduka Baginda berjaya menaikkan seekor ikan Siakap Merah dan Jenahak seberat 2.5 kilogram (seekor).

Seri Paduka Baginda berdua berkenan meluangkan masa menyantuni dan beramah mesra dengan pengunjung dan para pemancing di kolam tersebut.

“Seri Paduka Baginda berdua turut berkenan bersantap di sebuah restoran berdekatan bersama pengunjung restoran tersebut,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button