BERITA SEMASASUKAN

Juventus, PETRONAS jalin kerjasama

TURIN, Itali – Kelab bola sepak Itali, Juventus mengumumkan kerjasama dengan syarikat minyak dan gas nasional Malaysia, Petronas.

Menurut Calcio Finanza, kerjasama itu dijalin menerusi kolaborasi dengan anak syarikat PETRONAS, PETRONAS Lubricants International (PLI)

Kerjasama itu menyaksikan PLI menaja kotak korporat di Stadium Allianz yang membolehkan tetamu menikmati perlawanan dari perspektif istimewa dan lebih imersif.

Kotak korporat itu berbeza kerana memberi pengalaman pemandangan 360 darjah di sekitar stadium sepanjang perlawanan.

“Ini memberi pengalaman baharu dan menakjubkan buat penyokong yang menggunakan Petronas Lubricants International Skybox ketika perlawanan Juventus berlangsung.

“Juventus dan PLI percaya kolaborasi ini akan menghasilkan kerjasama bersifat menang-menang bukan saja buat kedua-dua entiti,” kata kelab bola sepak itu dalam satu kenyataan, semalam.

Penajaan tu secara tidak langsung turut meningkatkan lagi keinginan penyokong La Vecchia Signora mengenali PETRONAS dan Malaysia amnya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button