LUAR NEGARA

Juruterbang sangka pesawat cuba dirampas, penerbangan berpatah balik ke Nebraska

NEBRASKA – Sebuah pesawat American Airlines yang dalam perjalanan ke Los Angeles terpaksa berpatah balik ke Nebraska selepas juruterbang tersilap sangka berlaku cubaan merampas pesawat berkenaan, lapor New York Post.

Insiden membabitkan penerbangan 6569 yang dikendalikan oleh SkyWest itu berlaku kira-kira 40 minit selepas ia berlepas dari Lapangan Terbang Omaha kelmarin.

Menurut jurucakap American Airlines, kekeliruan itu berpunca daripada gangguan sistem interkom yang menyebabkan juruterbang tidak dapat berhubung dengan kru kabin.

“Disebabkan gangguan tersebut, juruterbang hanya mendengar bunyi statik dan menyangka seseorang sedang cuba memecah masuk ke kokpit.

“Sebenarnya, pramugari hanya cuba membuka pintu kokpit,” katanya.

Bimbang dengan situasi itu, juruterbang segera mengubah haluan dan melakukan pendaratan cemas.

Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) dalam kenyataan berkata, pesawat SkyWest 6569 berjaya mendarat dengan selamat di Eppley Airfield, Omaha sekitar pukul 7.45 malam (waktu tempatan).

Isyarat kecemasan turut diaktifkan selepas juruterbang gagal menghubungi kru di kabin.

Pesawat itu kemudiannya mendarat dengan selamat di Omaha dan kemudian meneruskan perjalanan ke Los Angeles selepas siasatan awal menunjukkan tiada ancaman sebenar.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button