BERITA SEMASALUAR NEGARASUKAN

Jurulatih pasukan wanita Valencia CF meninggal dunia kemalangan bot berhampiran Labuan Bajo

JAKARTA – Jurulatih pasukan wanita kelab bola sepak Valencia CF, Fernando Martin dan tiga anaknya meninggal dunia apabila bot dinaiki mereka terbalik berhampiran Labuan Bajo, kelmarin.

Reuters yang memetik kenyataan Valencia CF berkata, pihak kelab “amat berdukacita atas pemergian Fernando Martin, jurulatih Valencia CF Femenino B, dan tiga orang anaknya, dalam tragedi kemalangan bot di Indonesia, seperti disahkan pihak berkuasa tempatan.”

Pihak berkuasa Indonesia dan Sepanyol semalam memaklumkan, mendiang Martin dan tiga orang anaknya sebelum ini dilaporkan hilang selepas bot yang membawa 11 orang karam akibat cuaca buruk kelmarin di Selat Pulau Padar berhampiran destinasi pelancongan popular, Labuan Bajo.

Operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan pagi ini, kata Fathur Rahman, penyelaras misi agensi mencari dan menyelamat Indonesia di kawasan itu kepada Reuters.

Real Madrid CF turut menyampaikan ucapan takziah atas pemergian Martin, 44, bekas pemain bola sepak Sepanyol divisyen kedua yang dilantik sebagai jurulatih pasukan wanita Valencia B, tahun ini.

Isterinya dan seorang anak perempuan, selain empat anak kapal serta seorang pemandu pelancong, berjaya diselamatkan dan berada dalam keadaan selamat, menurut kenyataan SAR.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button