LUAR NEGARA

Jurulatih pasukan kelab bola sepak wanita Sepanyol lemas di Komodo ditemukan

LABUAN BAJO – Selepas lebih seminggu operasi mencari dan menyelamat dijalankan, pasukan penyelamat Indonesia akhirnya menemukan mayat seorang lelaki warga Sepanyol yang dilaporkan hilang dalam kejadian bot karam di perairan Pulau Komodo, Nusa Tenggara Timur.

Ketua agensi pencarian dan penyelamatan tempatan, Fathur Rahman berkata, mayat mangsa ditemui terapung berhampiran Pulau Rinca, kira-kira dua kilometer dari lokasi kejadian bot karam di Selat Pulau Padar pada 26 Disember lalu.

Menurut beliau, pihak berkuasa mengesahkan identiti mangsa sebagai Fernando Martin Carreras, 44, hasil proses pengecaman yang dijalankan.

Carreras sebelum ini dilaporkan merupakan jurulatih pasukan simpanan wanita kelab Sepanyol, Valencia, berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan Real Madrid.

Dalam kejadian itu, isteri mangsa bersama seorang anak perempuannya antara tujuh individu yang berjaya diselamatkan.

Bagaimanapun, mayat seorang lagi anak perempuan keluarga tersebut ditemukan manakala dua lagi anak masih belum dikesan.

Operasi pencarian diteruskan dengan bantuan penyelam serta penggunaan sistem sonar, sementara polis tempatan memulakan siasatan terhadap insiden berkenaan.

Pihak berkuasa tidak menolak kemungkinan tindakan undang-undang akan diambil sekiranya terdapat unsur kecuaian yang dikenal pasti.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button