BERITA SEMASA

Jualan Rahmah: Tiada lagi diskaun bagi produk bergula

KUALA LUMPUR – Semua produk makanan dan minuman yang mengandungi gula akan dikeluarkan daripada senarai barangan yang diberikan potongan harga dalam Program Jualan Rahmah Madani, mulai 1 Oktober ini.

Menurut Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Fuziah Salleh, langkah itu bagi menyahut Kempen Perangi Gula diterajui Kementerian Kesihatan (KKM) dalam mengalakkan mengurangkan pengambilan gula.

“Kita akan menarik barangan-barang yang mengandungi gula daripada senarai jualan Rahmah… tiada lagi diskaun.

“Jika sebelum ini Jualan Rahmah menawarkan diskaun antara 10 hingga 30 peratus, selepas ini barang-barang seperti susu pekat manis tidak lagi ditawarkan diskaun,” katanya dalam sidang akhbar selepas melancarkan inisiatif ‘Jom Kosong’, di sini semalam.

Kata Fuziah, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) juga telah meminta KKM meletakkan gred makanan mengikut tahap kandungan gula.

Inisiatif ini juga selaras dengan hasrat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu rakyat mengurangkan pengambilan bahan itu supaya lebih sihat.

Sementara itu, pelancaran inisiatif #JomKosong hari ini merupakan satu usaha menggalakkan pengguna memilih minuman tanpa gula hasil kerjasama dengan pemain industri makanan dalam negara.

“JomKosong ini kita bermula dengan (memesan minuman yang) kosong, kalau kita nak tambah gula baru minta sebab sekarang kalau (pesan) kurang manis yang kita dapat itu masih manis.

“KPDN akan turut bekerjasama dengan persatuan-persatuan restoran lain seperti Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA), Persatuan Pengusaha Restoran India Malaysia (PRIMAS), Persatuan Sahabat Tom Yam Prihatin Semalaysia dan Malaysia Singapore Coffee Shop Proprietors’ General Association (MSCSPGA),” katanya lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button