LUAR NEGARA

Jenazah Ali Khamenei bakal dikebumi 9 Julai di Mashhad

TEHERAN – Jenazah bekas pemimpin tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei yang dilaporkan terbunuh dalam serangan udara Israel dan Amerika Syarikat (AS) pada 28 Februari lalu, dijadualkan dikebumikan pada 9 Julai ini di bandar suci Mashhad, timur laut negara itu.

Menurut laporan televisyen negara Iran, upacara pengebumian yang sebelum ini dirancang pada Mac terpaksa ditangguhkan susulan konflik bersenjata yang melanda negara itu.

Majlis penghormatan terakhir peringkat kebangsaan akan berlangsung selama tiga hari bermula 4 Julai di ibu negara, Teheran sebelum diteruskan dengan satu lagi upacara khas di bandar suci Qom pada 7 Julai.

Jenazah Khamenei kemudiannya akan dibawa ke kampung halamannya di Mashhad untuk dikebumikan pada 9 Julai.

BACA JUGA:

Kelewatan pengebumian Ali Khamenei cetus persoalan, faktor keselamatan jadi kebimbangan

Menariknya, permulaan upacara pengebumian pada 4 Julai bertepatan dengan sambutan Hari Kemerdekaan Amerika Syarikat yang tahun ini meraikan ulang tahun ke-250.

Selepas kematian Khamenei, anak lelakinya, Mojtaba Khamenei dilantik sebagai pemimpin tertinggi Iran pada awal Mac lalu, sekali gus menjadi individu ketiga memegang jawatan tertinggi negara itu sejak penubuhan Republik Islam Iran pada 1979.

Media tempatan sebelum ini melaporkan Mojtaba turut mengalami kecederaan dalam serangan yang meragut nyawa bapanya serta beberapa pegawai kanan Iran.

Sejak pelantikannya, beliau dilaporkan belum pernah tampil secara terbuka di hadapan rakyat dan hanya menyampaikan pendirian serta arahan melalui kenyataan yang dikeluarkan atas namanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button