
Zambry ucap takziah, KPT akan hulur bantuan kepada keluarga mangsa kemalangan warga UPSI
PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa kemalangan melibatkan penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) awal pagi tadi.
Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir dalam satu kenyataan memaklumkan, pihak kementerian akan terus memantau situasi dan akan menyalurkan segala bentuk bantuan yang diperlukan oleh keluarga mangsa.

“Salam takziah kepada keluarga mangsa kemalangan yang turut melibatkan warga UPSI awal pagi tadi. Sebarang maklumat lanjut akan dikemas kini dari semasa ke semasa.
“KPT akan menyalurkan segala bantuan yang diperlukan,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.
Terdahulu, sekurang-kurangnya 15 maut apabila sebuah bas yang membawa sekumpulan 44 pelajar UPSI mengalami kemalangan di Lebuhraya Timur-Barat, berhampiran Tasik Banding, Gerik, awal pagi tadi.
Kemalangan pada pukul 1 pagi itu melibatkan bas yang disewa khas dan berlepas membawa pelajar dari Jerteh, Terengganu.
Bas iti dikatakan dalam perjalanan pulang ke kampus UPSI di Tanjung Malim, Perak.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |