Polis tahan lelaki disyaki ugut ejen pelancongan
SEPANG – Polis Sepang mengesahkan penahanan seorang lelaki susulan kejadian ugutan terhadap dua individu yang menjadi ejen pelancong di Jepun.
Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman dalam satu kenyataan berkata, suspek merupakan kenalan kepada mangsa daripada syarikat agensi pelancongan yang berbeza.
“Motif kejadian dipercayai berpunca daripada rasa tidak puas hati terhadap pengurusan membawa pelancong ke Jepun,” katanya dalam satu kenyataan, malam tadi.
Norhizam menambah, suspek berusia 36 tahun ditahan di Sepang pukul 5 petang tadi.
“Permohonan reman akan dibuat di Mahkamah Majistret Sepang pukul 9 pagi esok,” katanya lagi.
Kes disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah.
“Kertas siasatan akan dirujuk ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk keputusan dan arahan lanjut,” tambahnya.
Norhizam turut menasihatkan orang ramai supaya supaya tidak menyebarkan maklumat yang tidak sahih kerana boleh mengelirukan masyarakat berhubung kejadian ini.
Semalam, Malaysia Tribune melaporkan mengenai satu kejadian pukul di Jepun melibatkan beberapa pemandu pelancong freelance.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |



