JENAYAH & MAHKAMAH

Mahkamah tolak permohonan reman usahawan tanah, adik

DUNGUN – Mahkamah Majistret di sini hari ini menolak permohonan reman terhadap seorang usahawan hartanah dan adik lelakinya yang disyaki terlibat dalam kes penipuan urus niaga tanah.

Permohonan tersebut ditolak Majistret Nur Amira Fatihah Osman selepas permohonan reman dibuat pihak polis bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Menurut peguam, Ahmad Adha Amir Yasser yang mewakili kedua-dua suspek, permohonan tersebut ditolak kerana anak guamnya pernah dipanggil polis untuk memberi keterangan berhubung kes tersebut sebelum ini.

“Anak guam saya juga akan memberi kerjasama baik kepada pihak polis dan bersedia dipanggil di mana-mana ibu pejabat polis (untuk terus membantu siasatan).

“Saya berhujah elemen siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan ini dilihat tidak lengkap kerana wujud perjanjian jual beli dan tanah itu wujud,” katanya kepda pemberita di pekarangan mahkamah, hari ini.

Terdahulu usahawan hartanah berusia 38 tahun bersama adik lelakinya berusia 31 tahun yang berpakaian lokap dibawa ke mahkamah tersebut pada pukul 8.40 pagi.

Laporan media semalam menyebut, usahawan tersebut ditahan polis bagi membantu siastan berhubung kes penipuan dalam urus niaga tanah.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button