JENAYAH & MAHKAMAH

Usahawan ditahan semula bantu siasatan kes penipuan urus niaga tanah

KUALA TERENGGANU – Seorang usahawan hartanah yang sebelum ini dilaporkan dihadapkan Mahkamah Sesyen Besut kerana melakukan khianat terhadap harta awam, ditahan semula siang tadi.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd. Khairi Khairuddin berkata, lelaki berusia 38 tahun itu ditahan bagi membantu siasatan kes penipuan urus niaga tanah.

“Suspek telah ditangkap semula oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Terengganu bagi membantu siasatan kes penipuan urus niaga tanah. Urus niaga itu melibatkan seorang pesara guru yang mendakwa telah kerugian RM35,000 pada tahun 2023,” katanya, hari ini.

Mohd. Khairi berkata, suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret di sini esok bagi permohonan reman dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button