BISNES & EKONOMIGAYA HIDUP

Jenama kecantikan O.TWO.O perkukuh pasaran Malaysia bersama Guardian

KUALA LUMPUR – Jenama kecantikan antarabangsa, O.TWO.O, melakar kejayaan apabila meraikan ulang tahun kesembilan dengan pelancaran rasmi di Malaysia menerusi kerjasama eksklusif bersama rangkaian farmasi terkemuka, Guardian.

Majlis pelancaran penuh meriah itu memperkenalkan rangkaian produk popular dan koleksi edisi terhad, sekali gus menandakan langkah penting O.TWO.O dalam memperkukuh kedudukan jenama tersebut di pasaran tempatan.

O.TWO.O
Dari kiri: KK Lim, Ms Yolanda, Tiffany dan Nichole pada majlis pelancaran di Kuala Lumpur semalam.

Menurut Pengurus Besar Komersialnya, Tiffany, kerjasama itu memberi nilai tambah kepada pelanggan yang sentiasa menantikan produk kecantikan keluaran antarabangsa yang berkualiti tinggi pada harga berpatutan.

“Kami sangat gembira dengan pelancaran ini kerana ia bukan sahaja kali pertama bekerjasama dengan O.TWO.O, malah berlangsung serentak dengan ulang tahun kesembilan jenama itu.

“Guardian komited memastikan pelanggan kami mendapat produk trending, berkualiti dan mudah diakses,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, Pengurus Jenama Perniagaan Luar Negara O.TWO.O, Ms Yolanda menyifatkan pelancaran tersebut amat bermakna kerana sambutan di Malaysia sangat menggalakkan sejak jenama itu memasuki pasaran tempatan pada 2023.

“Setakat ini, produk kami boleh didapati di lebih 30 cawangan Guardian, kebanyakannya di pusat beli-belah utama seperti Mid Valley dan KLCC. Hanya dalam masa enam bulan, kami berjaya membuka lebih 36 kaunter eksklusif bersama Guardian,” ujarnya.

Antara produk paling laris ialah Ultra Stay Lollipop Matte Lipstick yang terjual lebih enam juta unit di seluruh dunia.

O.TWO.O
Sebahagian produk kecantikan keluaran antarabangsa yang ditawarkan pada harga berpatutan.

Selain itu, koleksi Brush Series, foundation serta pensel kening turut mendapat sambutan kerana praktikal dan mesra pengguna.

Menawarkan konsep ‘affordable luxury’, harga produk O.TWO.O di Malaysia bermula serendah RM15 hingga RM70, menjadikannya pilihan utama golongan wanita muda berusia 18 hingga 35 tahun termasuk pelajar dan profesional muda.

O.TWO.O kini bukan sahaja berkembang di Malaysia, malah turut menembusi pasaran Indonesia, Vietnam, Timur Tengah dan beberapa negara lain.

Jenama itu turut merancang untuk mengembangkan segmen penjagaan kulit pada masa akan datang.

“Matlamat kami adalah menjadikan kecantikan boleh dicapai semua wanita tanpa perlu berbelanja besar. Kami mahu setiap wanita tampil yakin dan bergaya setiap hari,” tambah Yolanda.

Dengan pelancaran rasmi ini, pelanggan boleh mendapatkan koleksi penuh O.TWO.O di semua cawangan Guardian Malaysia, termasuk pusat beli-belah utama di Lembah Klang.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button