JENAYAH & MAHKAMAH

Jasad bayi ditemukan dalam timbunan sisa sampah di Bukit Jalil

KUALA LUMPUR – Penduduk sekitar Bukit Jalil di sini, dikejutkan dengan penemuan satu objek dipercayai jasad bayi dalam sebuah lori sampah hari ini.

Insiden tragis itu menjadi lebih memilukan apabila bayi yang dipercayai baru dilahirkan tersebut ditemui dalam keadaan menyerupai posisi fetus, malah tubuhnya dipenuhi air buangan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras, Superintendan Chua Kok Lian mengesahkan pihaknya telah menerima laporan mengenai kejadian berkenaan.

“Ya, betul ada laporan. Kes masih dalam tindakan dan kami akan kemas kini,” katanya ringkas memetik laporan Kosmo! Online.

Kejadian itu turut menarik perhatian warganet selepas dua video berdurasi lapan dan 14 saat tular di media sosial.

Video itu memaparkan rakaman yang menunjukkan objek menyerupai mayat bayi manusia di bahagian belakang lori sampah terbabit.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button