
JAKIM akan panggil individu kaitkan kronisme, nepotisme dengan Nabi Muhammad
PUTRAJAYA – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan memanggil pengguna media sosial yang membuat hantaran mengaitkan Nabi Muhammad SAW dengan isu kronisme dan nepotisme.
Menurut JAKIM dalam satu kenyataan di akaun Facebook miliknya hari ini, pihaknya mengambil perhatian serius terhadap hantaran sedemikian.
“JAKIM mengambil perhatian serius terhadap hantaran status berkaitan isu kronisme dan nepotisme dan akan memanggil pihak berkenaan untuk mendapatkan penjelasan lanjut,” katanya.
Hantaran JAKIM tersebut merupakan reaksi terhadap hantaran seorang pengguna Facebook yang sebelum ini mengulas mengenai negara Islam dengan menyatakan bahawa demokrasi Barat tidak mengamalkan nepotisme dan kronisme.
Dalam hantarannya, pemilik akaun berkenaan mendakwa, ketua negara Islam Madinah, Nabi yang dipercayai merujuk kepada Nabi Muhammad SAW, mengamalkan perkara itu.
Individu berkenaan turut memberikan contoh Saidina Abu Bakar, Saidina Umar sebagai mentua serta Saidina Uthman dan Saidina Ali yang masing-masing menantu dan sepupu Rasulullah pada zaman itu, sama ada perlu mengamalkan perkara berkenaan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








