BERITA SEMASAKEMENTERIAN KOMUNIKASI

[VIDEO] IRC 2026: Platform perkasa kerjasama global tangani cabaran teknologi baharu – Fahmi

KUALA LUMPUR – Persidangan Kawal Selia Antarabangsa (IRC) 2026 menjadi platform penting untuk memperkukuh kerjasama antara badan kawal selia dari seluruh dunia dalam menangani cabaran teknologi baharu, termasuk kecerdasan buatan (AI), keselamatan siber dan komunikasi kuantum.

Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, penganjuran IRC yang memasuki tahun ketiga membuktikan komitmen Malaysia dalam menyediakan wadah bagi pengawal selia antarabangsa bertukar pandangan, berkongsi pengalaman serta merangka pendekatan terbaik dalam membentuk ekosistem digital yang selamat, berdaya tahan dan dipercayai.

irc
Fahmi bergambar bersama para peserta dan speaker IRC 2026 yang akan berlangsung selama dua sehingga esok. – Foto Muhammad Najmi Zulkefle/Malaysia Tribune

Menurutnya, persidangan itu mula diperkenalkan ketika Malaysia beralih daripada model Single Wholesale Network (SWN) kepada Dual Network bagi pelaksanaan rangkaian 5G, susulan minat badan-badan kawal selia luar negara untuk memahami pengalaman negara dalam melaksanakan transformasi tersebut.

“Pada masa sama, kita dapati banyak negara memberi tumpuan kepada isu keselamatan dalam talian. Sebab itu kita menyediakan satu platform seperti IRC yang menghimpunkan badan-badan kawal selia setara dengan MCMC untuk duduk semeja, bertukar pandangan serta mencari pendekatan terbaik bagi menangani kemudaratan dalam talian,” katanya pada sidang media selepas merasmikan IRC 2026 yang berlangsung di Hotel Shangri-La, di sini hari ini.

Fahmi berkata, sepanjang persidangan dua hari itu, pelbagai isu berkaitan teknologi baharu akan dibincangkan secara mendalam, termasuk keselamatan penggunaan AI, komunikasi kuantum dan aspek keselamatan dalam talian.

Beliau berharap perbincangan tersebut bukan sekadar menghasilkan pertukaran idea, malah melahirkan tindakan susulan yang boleh dilaksanakan di Malaysia serta negara-negara lain.

@malaysiatribune

Persidangan International Regulatory Conference (IRC) 2026 menjadi platform penting bagi badan kawal selia komunikasi antarabangsa bertukar pandangan mengenai cabaran teknologi baharu termasuk kecerdasan buatan (AI), keselamatan siber dan perlindungan pengguna dalam talian. Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, penganjuran IRC tahun ini bertepatan ketika Malaysia sedang melalui fasa peralihan daripada rangkaian tunggal borong kepada model dua rangkaian bagi perkhidmatan 5G. #malaysiatribune

♬ original sound – malaysia tribune – malaysia tribune

Katanya, persidangan kali ini turut disertai wakil Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU) dan segala dapatan yang diperoleh akan dikongsikan di peringkat badan antarabangsa itu bagi memperkukuh kerjasama dalam membangunkan kerangka kawal selia digital.

“Ini membolehkan kerangka kawal selia yang berbeza mengikut kesesuaian setiap negara dibandingkan dan dijadikan rujukan.

“Dalam masa yang sama, kita tidak mahu kerangka kawal selia menjadi terlalu ketat sehingga menjejaskan minat pelabur terhadap teknologi baharu. Kawal selia perlu bergerak seiring dengan pembangunan teknologi,” katanya.

Menurut beliau, perkembangan teknologi yang terlalu pantas kini turut membawa cabaran baharu termasuk peningkatan jenayah siber dan penyalahgunaan teknologi yang boleh memangsakan pengguna.

Sehubungan itu, Fahmi berkata, pengalaman dan amalan terbaik yang dikongsi menerusi IRC amat penting bagi membantu negara mengenal pasti kelompangan dalam undang-undang serta merangka dasar dan tindakan yang lebih berkesan bagi menghadapi landskap digital yang semakin kompleks.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button