BERITA SEMASA

IPT diarah aktifkan bilik gerakan, MASKUM untuk bantu mangsa banjir – Dr Zambry

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mengarahkan warga institusi pengajian tinggi (IPT) di kawasan yang berisiko dilanda banjir mengaktifkan bilik gerakan sebagai persediaan menghadapi bencana itu.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, semua IPT perlu berada dalam keadaan bersiap siaga termasuk mengaktifkan Skuad Majlis Sukarelawan Universiti Malaysia (MASKUM) untuk memantau keadaan dan membantu pelajar terlibat.

“Saya telah mengarahkan semua IPT agar membuka bilik gerakan dan mengaktifkan MASKUM bagi membantu pelajar, memantau keadaan serta menyelaras tindakan kecemasan dengan pihak berkuasa tempatan,” katanya dalam kenyataan di Facebook hari ini.

Menurut Dr Zambry, KPT telah menggerakkan bantuan awal kepada warga IPT susulan bencana banjir yang mula melanda beberapa negeri.

Banjir Zambry
Tangkap layar hantaran Dr Zambry mengenai situasi banjir di media sosial. – Foto Facebook

Selain itu, pihaknya juga telah mengenal pasti dan mengarahkan langkah kecemasan bagi memastikan keselamatan dan keperluan asas yang mencukupi.

Katanya, antara kawasan yang dikenal pasti termasuk beberapa kawasan sekitar Manjung dan Pulau Pangkor.

“Kepada semua yang terjejas, saya mendoakan semoga kekal tabah menghadapi ujian ini.

“Insya-Allah, bantuan segera sedang disalurkan bagi memastikan keselamatan serta keperluan asas diberi perhatian sewajarnya,” katanya.

Beliau berkata, kementerian akan terus memantau perkembangan dari semasa ke semasa dan memastikan segala bentuk bantuan dapat dilaksanakan dengan cepat dan berkesan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button