IKMa terima kunjungan hormat delegasi CLT, perkukuh kerjasama koperasi Malaysia–Thailand
PETALING JAYA – Institut Koperasi Malaysia (IKMa) terus memperkukuh jaringan kerjasama antarabangsa apabila menerima kunjungan hormat seramai 30 delegasi daripada The Cooperative League of Thailand (CLT) yang diketuai Pengerusinya, Poramate Intarachumnun.
Delegasi yang mewakili badan induk gerakan koperasi Thailand itu disambut oleh Ketua Pengarah IKMa, Datuk Mohd Ali Mansor, bersama barisan pengurusan institut.
Menurut IKMa dalam satu kenyataan, sepanjang lawatan, delegasi diberi peluang meninjau kemudahan utama IKMa serta mengikuti sesi taklimat mengenai peranan IKMa dan Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia (UKKM) dalam memperkasa pendidikan, latihan serta pembangunan modal insan koperasi di Malaysia.
“Dalam sesi perbincangan yang berlangsung, kedua-dua pihak turut memberi tumpuan kepada cadangan pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) bagi memperkukuh kerjasama strategik dalam pelbagai bidang termasuk pembangunan modal insan, pendidikan dan latihan koperasi, penyelidikan, inovasi, pembangunan koperasi pertanian serta pertukaran kepakaran.
“Kerjasama yang dicadangkan itu dijangka membuka lebih banyak peluang perkongsian ilmu, pembangunan kapasiti dan pelaksanaan program bersama yang mampu memberi manfaat kepada kedua-dua organisasi serta memperkukuh ekosistem koperasi di kedua-dua negara,” katanya hari ini.

Dalam pada itu katanya, kunjungan hormat tersebut turut mencerminkan komitmen bersama IKMa dan CLT dalam mempererat hubungan strategik Malaysia–Thailand.
Di samping itu katanya, ia juga dapat memajukan pembangunan gerakan koperasi di peringkat ASEAN menerusi pendidikan, inovasi dan perkongsian amalan terbaik.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








