BERITA SEMASA

Iftar Ramadan eratkan ukhuwah: Tan Sri KPPA santuni warga JPA

PUTRAJAYA – Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) terus komited dalam memperkukuh kebersamaan dan nilai kebajikan menerusi penganjuran Majlis Iftar Ramadan anjuran Kelab JPA di sini hari ini.

Majlis yang dihadiri oleh lebih 650 warga JPA serta ahli keluarga itu turut diserikan dengan kehadiran Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz yang berbesar hati menyampaikan sumbangan kebajikan kepada 150 penerima.

Mereka terdiri daripada 140 individu daripada golongan berpendapatan rendah dan asnaf, lapan Orang Kurang Upaya (OKU) serta dua individu yang terlibat dalam kemalangan.

Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz, berkata, majlis itu bukan sekadar ruang untuk berbuka puasa bersama tetapi juga platform memperkukuh ukhuwah dan menzahirkan keprihatinan terhadap mereka yang memerlukan.

“Saya amat menghargai kesungguhan warga JPA dalam menjalankan tugas mereka dengan penuh dedikasi.

“Majlis seperti ini bukan sekadar ruang berbuka puasa, tetapi satu platform untuk kita saling menghargai, memperkukuh ukhuwah dan menzahirkan keprihatinan terhadap mereka yang memerlukan,” katanya.

Majlis ini turut diisi dengan solat Maghrib, Isyak dan Terawih secara berjemaah, menjadikannya bukan sahaja acara kebersamaan tetapi juga peluang untuk memperkukuh nilai spiritual dalam kalangan warga JPA.

ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KKPA), Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz memberikan duit raya kepada kanak-kanak.

Sebagai tanda penghargaan kepada generasi muda, majlis diakhiri dengan pemberian duit raya kepada kanak-kanak yang hadir, menceriakan suasana dan menambahkan lagi keceriaan dalam bulan penuh keberkatan ini.

JPA terus berusaha mewujudkan persekitaran kerja yang lebih harmoni dan kondusif, seiring dengan matlamat membentuk perkhidmatan awam yang lebih dinamik, efisien dan berdaya saing.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button