
“Niat saya hanya perjuangkan keadilan anak” – Ibu mangsa gangguan seksual CEO Batu
KUALA LUMPUR – Ibu kepada mangsa dalam kes melibatkan pempengaruh yang dikenali sebagai CEO Batu tampil memberikan penjelasan mengenai tindakannya mendedahkan isu gangguan seksual yang dihadapi anaknya kepada umum.
Menerusi sebuah video yang dimuat naik di media sosial, wanita itu menegaskan niatnya bukan untuk menjatuhkan sumber pendapatan individu terlibat.
Sebaliknya, dia menjelaskan segala kesan terhadap kerjaya pelaku, termasuk pembatalan kontrak atau penarikan semula kerjasama adalah keputusan pihak pengurusan masing-masing.
“Saya harap semua faham yang saya takde niat langsung untuk memberi kesan kepada sumber rezeki si pelaku.
“Niat saya cuma mahu perjuangkan hak keadilan untuk anak saya, segala kontrak atau apa-apa punca rezeki pelaku yang ditarik atau dibatalkan adalah atas keputusan pihak pengurusan mereka sendiri,” katanya.
Semalam, media melaporkan polis telah menahan pempengaruh yang didakwa terlibat dalam penghantaran mesej berbaur lucah kepada seorang remaja perempuan berusia 14 tahun.
Lelaki berusia 22 tahun itu kini ditahan reman bermula semalam setelah dia menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak kelmarin.
Baca juga : CEO Batu ditahan polis
Terdahulu, penyanyi rap, Caprice berkongsi
beberapa tangkap layar di Instagram miliknya yang memaparkan mesej berunsur tidak senonoh beserta gambar yang dihantar oleh pempengaruh itu kepada remaja berkenaan.
Gambar itu dikatakan dihantar atas alasan menunjukkan parut pembedahan, namun menampakkan bahagian tubuh yang tidak sepatutnya.
Dalam pada itu, ibu kepada mangsa turut meluahkan rasa syukur kepada semua yang memberikan sokongan dan mendoakan agar tiada keluarga lain yang perlu melalui pengalaman pahit sedemikian.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |









One Comment