Kes hantar mesej tidak senonoh: Polis tahan CEO Batu
KUALA LUMPUR – Polis menahan seorang pempengaruh yang didakwa terlibat dalam penghantaran mesej berbaur lucah kepada seorang remaja perempuan berusia 14 tahun.
Memetik laporan Harian Metro, individu yang dikenali sebagai CEO Batu itu telah menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak semalam.
Lelaki berusia 22 tahun itu kini ditahan reman bermula hari ini bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan oleh pihak berkuasa.
Terdahulu, penyanyi rap, Caprice mendakwa telah menerima mesej daripada ibu kepada remaja terbabit yang memohon bantuannya selepas anaknya dipercayai menjadi mangsa gangguan seksual secara dalam talian oleh individu tersebut.
Beberapa tangkap layar yang dikongsi Caprice di Instagram miliknya yang memaparkan mesej berunsur tidak senonoh beserta gambar yang dihantar oleh pempengaruh itu kepada remaja berkenaan.
Gambar itu dikatakan dihantar atas alasan menunjukkan parut pembedahan, namun menampakkan bahagian tubuh yang tidak sepatutnya.
Pempengaruh terbabit turut didakwa menghubungi ibu remaja itu untuk memohon maaf dan menyatakan keinginan untuk bertemu bagi menyelesaikan isu berkenaan secara peribadi.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |












One Comment