Hizbullah dakwa lancar 37 serangan sasar kereta kebal, Iron Dome
BEIRUT – Selatan Lubnan terus bergolak apabila Hizbullah mendakwa berjaya melancarkan 37 operasi ketenteraan bagi menggempur tentera Israel di kawasan berkenaan.
Menurut kenyataan kumpulan itu, siri serangan berkenaan menyasarkan anggota tentera, aset kenderaan serta peralatan kejuruteraan milik Israel di beberapa lokasi berasingan.
Menurut Hizbullah, serangan tertumpu di bandar Zawtar al-Sharqiyah dan Odaisseh, selain beberapa kedudukan berhampiran Naqoura, Debel dan Rab el-Thalathine.
Operasi berkenaan didakwa merangkumi pertempuran jarak dekat di Zawtar al-Sharqiyah, serangan terhadap beberapa kereta kebal Merkava dan platform sistem pertahanan udara Iron Dome.
Kumpulan berkenaan mengesahkan siri serangan di beberapa lokasi itu menyasarkan aset kenderaan, peralatan kejuruteraan, dan logistik serta anggota tentera Israel.
Setakat ini, tentera Israel belum mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung dakwaan serangan berkenaan atau kemungkinan jumlah korban dan kerosakan yang berlaku.
Ketegangan di sempadan selatan Lubnan terus meningkat susulan pertempuran berterusan antara Hizbullah dan tentera Israel sejak konflik di Gaza tercetus.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |

















