BERITA SEMASA

Hector Bidoglio kembali sebagai ketua jurulatih JDT

KUALA LUMPUR – Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) mengumumkan Hector Bidoglio sebagai ketua jurulatih kelab itu bagi menggantikan Esteban Solari.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Alistair Edwards, Hector yang sebelum ni menjadi pengarah teknikal kelab dan penasihat pasukan utama, akan dibantu oleh Pablo Ricchetti, yang juga penolong jurulatih musim lepas.

Katanya, beliau juga akan dibantu penolong jurulatih baharu dari Argentina selain beberapa jurulatih termasuk kakitangan kecergasan & perubatan yang akan menyertai kelab pada musim hadapan.

“Aidil Zafuan Abd Radzak juga akan menyertai barisan kejurulatihan Hector.

“Hector pernah berkhidmat seketika sebagai ketua jurulatih JDT dari Julai hingga November 2022 sebelum menjadi Pengarah Teknikal JDT,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya lagi, Hector telah membimbing Harimau Selatan menjadi juara dalam Liga Super Malaysia, Piala Malaysia dan Piala FA pada tahun lepas.

Hector memulakan karier kejurulatihan dengan kelab Argentina, Newell’s Old Boys. Beliau sebelum ini pernah menjadi jurulatih dalam divisyen teratas di Argentina, Peru dan Ecuador.

Beliau juga pernah bersama beberapa kelab Sepanyol seperti Real Madrid, Barcelona, Sevilla dan Real Betis, dan telah berguru dengan pengurus terkenal Marcelo Bielsa ketika bersama-sama pasukan kebangsaan Chile pada 2009.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button