
[VIDEO] JDT tahan asakan Kuching City sebelum julang Piala Malaysia
KUALA LUMPUR – Johor Darul Ta’zim (JDT) terpaksa bekerja keras sebelum berjaya menewaskan Kuching City FC 2-0 untuk muncul juara Piala Malaysia 2025/2026 dalam aksi final dramatik di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi.
@malaysiatribunePasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) melakar sejarah tersendiri apabila muncul pasukan pertama merangkul empat kejuaraan Piala Malaysia berturut-turut selepas menumbangkan Kuching City 2-0 di Stadium Nasional, Bukit Jalil sebentar tadi.#beritasemasa #malaysiatribune #malaysiatribunenews #viralnews #beritaviral #beritatularmalaysia #jdt #pialamalaysia
Meskipun turun selaku pasukan pilihan, skuad Harimau Selatan menerima tentangan sengit daripada Kuching City yang tampil penuh disiplin sepanjang perlawanan.
Kedua-dua pasukan bermula seimbang apabila saling berbalas serangan dalam 20 minit pertama permainan dengan Kuching City hampir mengejutkan JDT menerusi percubaan Ramadan Saifullah pada minit ke-20.

Penyerang The Cats itu sekali lagi mencemaskan kubu JDT pada minit ke-32, namun penjaga gol kebangsaan, Ahmad Syihan Hazmi Mohamed bertindak cemerlang menafikan percubaan tersebut.
JDT yang buntu mencari jaringan pada babak pertama tampil lebih agresif sebaik aksi bersambung dengan beberapa pertukaran taktikal dilakukan oleh ketua jurulatih, Javier Munoz.
Kuching City turut memiliki peluang terbaik untuk mendahului selepas dihadiahkan sepakan penalti, namun gagal disempurnakan sekali gus memberi kelebihan psikologi kepada Harimau Selatan.
Selepas tekanan bertali arus dilakukan JDT, kebuntuan akhirnya berjaya dipecahkan menerusi jaringan Guilherme de Paula pada penghujung permainan untuk meletakkan juara bertahan itu di depan.
Kemasukan semula Arif Aiman Hanapi turut memberikan impak besar apabila pemain sensasi negara itu menjaringkan gol kedua JDT bagi memastikan kemenangan 2-0 berpihak kepada skuad dari selatan tanah air tersebut.
Keputusan itu menyaksikan JDT sekali lagi mengesahkan dominasi mereka dalam arena bola sepak tempatan dengan menjulang satu lagi trofi berprestij musim ini, manakala Kuching City FC tetap wajar dipuji atas semangat juang dipamerkan sehingga mara ke pentas final.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








