BERITA SEMASA

Hasrat mualaf kahwini tunang tidak kesampaian, meninggal dunia 9 hari selepas syahadah

KUALA LUMPUR – Baru sahaja melafazkan syahadah dan bergelar Muslim, perjalanan hidup seorang mualaf, Jeremy Mah Ci Wei Abdullah, 26, berakhir apabila beliau ditemukan meninggal dunia di dalam keretanya di Cyberjaya pada 19 Julai lalu.

Jeremy memeluk Islam pada 10 Julai lalu dengan niat murni untuk menghalalkan perhubungan dengan tunangnya, Qistina Liew.

Namun, hasrat itu tidak kesampaian apabila Allah terlebih dahulu menjemputnya pulang, hanya sembilan hari selepas memeluk agama suci ini.

Tangkap layar status Qistina mengenai pemergian tunangnya, Jeremy.

“Baru convert to proceed with marriage papers, but Allah loves him more. Baru seminggu memeluk Islam, dia sudah dijemput pulang. Semoga syurga untukmu, cinta,” tulis Qistina melalui perkongsian di Instagram Story baru-baru ini.

Menurutnya lagi, Jeremy ditemui kaku di tempat duduk penumpang dengan penghawa dingin kereta masih terpasang selepas dia menjejaki tunangnya itu melalui aplikasi Find My iPhone.

Bedah siasat mendapati Allahyarham dalam keadaan sihat dan punca kematian bukan disebabkan serangan jantung.

Malah, pihak polis juga menolak unsur rompakan apabila semua barangan peribadi masih berada bersama mangsa.

Salah satu perkongsian Qistina di Instagram Story mengenai pemergian Jeremy.

Jenazah Allahyarham disempurnakan mengikut syariat Islam dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah, Kuala Lumpur pada 20 Julai.

Bagi Qistina, pemergian Jeremy dalam keadaan Islam adalah satu ketentuan penuh hikmah.

I just became a witness for you to enter Islam. Baru je nak mula ajar kau sikit-sikit pasal Islam. But like they say, Allah is the best planner,” tulisnya lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button