BERITA SEMASA

Hannah Yeoh tinjau aktiviti ‘ulat foto’ di KLCC, tekan aspek keselamatan pengunjung

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Hannah Yeoh turun padang bagi meninjau aktiviti ‘ulat foto’ di kawasan Menara Berkembar Petronas (KLCC) malam tadi.

Dalam lawatan itu, beliau diiringi Datuk Bandar Kuala Lumpur, Fadlun Mak Ujud.

Hannah berkata, beliau meluangkan masa lebih satu jam di lokasi berkenaan untuk melihat sendiri situasi sebenar termasuk cara ‘ulat foto’ beroperasi mengambil gambar pelancong.

Hannah Yeoh bersama anggota pasukan meninjau kawasan bandar bagi menilai keadaan semasa, malam tadi.

“Kita mahu pastikan pengalaman pengunjung kekal selamat dan tidak dieksploitasi,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Hannah menegaskan bahawa aspek keselamatan menjadi keutamaan utama dalam menilai isu tersebut selain memastikan imej kawasan tumpuan pelancong itu terus terpelihara.

Tinjauan berkenaan dilakukan susulan kegiatan ‘ulat foto’
yang menyediakan perkhidmatan mengambil gambar kepada pelancong dengan mengenakan bayaran yang keterlaluan dan mencetuskan pertelingkahan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button