BERITA SEMASA

Hampir 300 pegawai perubatan ditempatkan di Sarawak tidak lapor diri

KUCHING – Seramai 293 daripada 542 pegawai perubatan yang ditempatkan di Sarawak gagal melaporkan diri pada 1 Oktober lalu.

Perkara itu didedahkan Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian, lapor The Borneo Post.

Beliau yang juga Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata, terdapat kira-kira 1,100 kekosongan jawatan pegawai perubatan di negeri berkenaan.

“Kita telah memohon 650 calon untuk mengisi jawatan ini. Namun, hanya 542 yang diberikan dan daripada jumlah itu hanya 249 yang melaporkan diri, manakala selebihnya tidak berbuat demikian.

“Jadi, lebih ramai yang gagal melaporkan diri berbanding yang hadir,” katanya selepas merasmikan Hari Osteoporosis Sedunia 2025 di Hospital Umum Sarawak, hari ini.

Dr Sim kemudiannya berkata, beliau berharap mesyuarat Jawatankuasa Teknikal di bawah Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) akan mencapai kata sepakat bagi menangani berkenaan.

“Difahamkan mesyuarat itu akan melibatkan Menteri Kewangan, Menteri Ekonomi, Peguam Negara, dan pihak berkaitan lain untuk merancang tempoh lima tahun akan datang,” katanya tanpa mendedahkan tarikh mesyuarat tersebut.

Beliau dalam masa sama turut menyeru orang ramai supaya memahami kekangan kewangan dan sumber tenaga kerja kerajaan di semua hospital utama di Sarawak, namun menegaskan kementerian tetap komited untuk menyelamatkan nyawa.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button