JENAYAH & MAHKAMAH

Guru mengaku tidak bersalah lakukan amang seksual dua pelajar lelaki dalam tandas sekolah, kereta

SETIU – Seorang guru mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas tujuh pertuduhan amang seksual fizikal terhadap dua pelajar lelaki, bulan lepas.

Memetik laporan Sinar Harian, Darusalam Ab Rahman, 42, membuat pengakuan itu selepas semua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Fadhli Mahmud.

Bagi tiga pertuduhan pertama, guru berkenaan didakwa berkomunikasi melalui aplikasi WhatsApp dengan seorang remaja lelaki berusia 17 tahun dengan niat untuk melakukan atau memudahkan perlakuan amang seksual fizikal terhadap mangsa.

Mahkamah menetapkan 6 Julai depan sebagai tarikh sebutan dan serahan dokumen di Mahkamah Sesyen Besut.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah di Kampung Anak Ikan, Besut antara 9.21 malam hingga 2.10 pagi pada 5, 8 dan 10 Mei.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 12(1) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKKSTKK) 2017 dan dibaca bersama Seksyen 16(1) akta sama, yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi lima tahun dan boleh dihukum dengan sebat.

Selain itu, lelaki terbabit turut berdepan dua pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap remaja sama di dalam sebuah kereta di hadapan kedai makan di Kuala Terengganu kira-kira 9 malam dan di hadapan sebuah rumah di Kampung Anak Ikan sekitar 10 malam, pada 11 Mei.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 14(a) AKKSTKK 2017 dan dibaca bersama Seksyen 16(1) akta sama, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dihukum dengan sebat.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button