Guru terlibat salah laku seksual ditempatkan di PPD sementara siasatan selesai
KUCHING – Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sarawak memandang serius dakwaan kes salah laku seksual membabitkan seorang guru di negeri ini yang tular di media sosial.
Susulan itu, guru terbabit telah ditempatkan secara sementara di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) sehingga proses siasatan dijalankan pihak berkuasa selesai.
Menurut kenyataan media yang dikeluarkan JPN Sarawak hari ini, pihaknya sedang memberikan kerjasama penuh kepada pihak polis bagi melancarkan siasatan kes terbabit.
“Kes ini sedang berada dalam siasatan pihak polis. JPN Sarawak memberi kerjasama penuh terhadap siasatan yang sedang dijalankan oleh pihak berkuasa.
“Pada masa yang sama, Unit Integriti Kementerian Pendidikan (KPM) dan Jemaah Nazir turut menjalankan siasatan dalaman bagi meneliti setiap perkara terkait kes ini,” menurut kenyataan itu.
Dalam kenyataan sama, JPN Sarawak menegaskan bahawa mereka tidak akan berkompromi dengan sebarang bentuk salah laku seksual dan memastikan tindakan tegas diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati bersalah.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








