NUTP gesa KPM wujudkan mekanisme nilai profesionalisme pentadbir sekolah
CYBERJAYA – Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) menggesa Kementerian Pendidikan (KPM) supaya mewujudkan mekanisme khas bagi mengkaji dan menilai tahap profesionalisme pentadbir sekolah.
Setiausaha Agung NUTP, Fouzi Singon berkata, langkah itu bagi memastikan iklim kerja yang kondusif di sesebuah sekolah tidak terjejas akibat tindakan sesetengah pentadbir yang bermasalah sehingga menimbulkan tekanan kepada warga pendidik.
BACA JUGA:
JPN Selangor sedia sokongan psikososial susulan kematian guru di Hulu Selangor
Guru wanita ditemukan meninggal dunia di sekolah
Beliau menambah, semua aduan guru perlu dihalusi dan ditangani dengan bijaksana supaya emosi guru sentiasa terjaga, lapor FMT.
“Malah tindakan tegas wajar diambil kepada pentadbir yang bermasalah ini daripada menyebabkan tekanan kepada keseluruhan sistem dan iklim sekolah,” katanya dalam laporan tersebut, hari ini.
Fouzi turut menyatakan pendirian konsisten kesatuan itu yang mahukan tugas-tugas tidak relevan serta tidak memberikan impak kepada kemenjadian murid dihapuskan serta-merta.
Dalam masa yang sama, wakil kesatuan di setiap sekolah sentiasa bersedia menjadi saluran rujukan dan bantuan kepada mana-mana guru yang berdepan tekanan emosi.
Gesaan itu susulan kejadian seorang guru wanita yang ditemukan tidak sedarkan diri di bilik guru sebuah sekolah di Hulu Selangor sebelum disahkan meninggal dunia di Hospital Kuala Kubu Bharu, Jumaat lalu.
Menurut Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan M. Manimaran, pihak berkuasa menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada pukul 7.15 pagi.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








