
Guna pelekat label bagi habiskan lebihan baki kampit plastik
Tidak bertujuan mengelirukan
CYBERJAYA – Pengeluar beras jenama Jati Padi Gold, Serba Wangi Sdn Bhd (SWSB) memaklumkan pihaknya telah mula menggunakan beras putih import sebagai beras utama jenama berkenaan.
Menurut SWSB, mulai April 23, pihaknya tidak lagi memasarkan beras super spesial tempatan di bawah jenama berkenaan berikutan bekalan yang semakin berkurangan.
“Bagi memastikan kesinambungan jenama berkenaan kepada pengguna, pihak syarikat mula menggunakan beras putih import sebagai beras utama jenama berkenaan dan turut menggunakan label beras import pada kampit baharu sejak Mei 23,” kata SWSB dalam satu kenyataan, hari ini.
Bagaimanapun, kata SWSB, pihaknya masih mempunyai lebihan baki kampit plastik beras tertera tulisan ‘Super Spesial Tempatan’ yang dianggarkan berjumlah sebanyak 7,000 kampit dan disimpan di gudang mereka.
“(Oleh yang demikian), berdasarkan kepada kebenaran sementara diberikan kementerian, pihak syarikat berkeputusan menggunakan pelekat ‘Beras Putih Import’ kepada baki kampit plastik beras ‘Super Spesial Tempatan’ jenama Jati Padi Gold bagi tujuan menghabiskan lebihan baki kampit plastik tersebut,” kata SWSB lagi.
Sebelum ini, satu video yang memaparkan kampit beras berjenama Jati Padi Gold yang dilekatkan dengan pelekat bertulis ‘Beras Putih Import’ yang didakwa sebagai mengelirukan pengguna, menjadi tular di media sosial.
Untuk rekod, pihak Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) telah memberikan kebenaran sementara kepada penggunaan pelekat harga pada kampit beras yang dipamerkan untuk jualan sehingga Nov 2023.
Keputusan itu dibuat setelah KPKM mengadakan sesi libat uruts bersama pemain industri beras pada 13 Spet lepas.
“Sebagai pembekal utama kepada FAMA (Lembaga Pemasaran Persekutuan) dan LPP(Lembaga Pertubuhan Peladang), dalam Proghram Khas Beras Putih Tempatan, SWSB terus komited menyokong program intervensi yang dilaksanakan oleh KPKM bagi memastikan bekalan beras putih tempatan dapat dipertingkatlkan,” kata syarikat itu lagi.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |







