LUAR NEGARA

Global Sumud Flotilla rancang berlepas ke Gaza 29 Mac depan

ANKARA – Global Sumud Flotilla merancang untuk berlepas semula ke Tebing Gaza dari Barcelona, Sepanyol pada 29 Mac dengan penyertaan antarabangsa yang lebih luas.

Memetik laporan agensi Anadolu, pengumuman itu dibuat aktivis Global Sumud, Sumeyra Akdeniz Ordu, dalam sidang satu media secara langsung disiarkan dari Johannesburg, Afrika Selatan, hari ini.

“Pelepasan akan bermula dari lokasi bersejarah di Barcelona, diikuti oleh Tunisia, Itali dan pelabuhan lain di Mediterranean dan kali ini kami akan berlepas pada 29 Mac,” kata Sumeyra.

Beliau memberitahu, misi kali ini akan disertai ribuan peserta, termasuk lebih daripada seribu doktor, jururawat dan profesional kesihatan.

“Kami akan membawa bersama profesional perubatan, pembina mesra alam, serta penyiasat jenayah perang, yang menjadi perbezaan berbanding misi sebelumnya,” kata beliau lagi.

Difahamkan, misi kali ini akan turut disertai konvoi menerusi laluan darat, dengan satu konvoi akan berlepas dari utara Afrika, manakala satu lagi konvoi akan berlepas dari sebuah negara di Asia Selatan.

Bagaimanapun, perincian mengenai kedua-kedua konvoi darat tersebut masih belum didedahkan.

Dalam misi pada 30 Ogos hingga 2 Oktober tahun lepas, kesemua aktivis terlibat termasuk dari Malaysia dipintas tentera laut rejim zionis ketika menghampiri perairan Gaza.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button