Gerhana bulan penuh 3 Mac ini, umat Islam disaran tunai solat sunat
SEREMBAN – Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan memaklumkan fenomena gerhana bulan penuh akan berlaku pada malam 3 Mac ini bersamaan 14 Ramadan 1447 Hijrah.

Jabatan Mufti berkata, fenomena yang merupakan tanda kebesaran Allah SWT tersebut dijangka berlaku bermula jam 7.26 malam hingga 9.17 malam dan disunatkan untuk diisi dengan ibadah.
“Fenomena ini merupakan tanda kebesaran Allah SWT yang disyariatkan untuk diisi dengan ibadah,” katanya dalam satu hantaran di laman Facebook hari ini.
Sehubungan itu, umat Islam di Negeri Sembilan disaran menunaikan solat sunat gerhana bulan sepanjang tempoh berlakunya fenomena berkenaan.
Pelaksanaan solat sunat tersebut boleh dilakukan di masjid dan surau sama ada selepas waktu maghrib atau selepas isyak mengikut kesesuaian jemaah serta pengurusan setempat.
Jabatan berkenaan turut mengajak umat Islam untuk bersama-sama menghidupkan malam Ramadan, mengimarahkan masjid serta menghayati tanda-tanda kekuasaan Allah SWT.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








