Penggunaan kalimah ‘Alhamdulillah’ oleh bukan Islam diharuskan – Pejabat Mufti Wilayah
KUALA LUMPUR – Penggunaan kalimah-kalimah Islam seperti ‘Alhamdulillah’, ‘InshaAllah’ dan seumpamanya oleh individu bukan beragama Islam dalam perbualan harian adalah diharuskan, dengan syarat tidak merendahkan kesucian agama Islam serta tidak mengandungi unsur penghinaan.
Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan dalam kenyataan menjelaskan, penggunaan kalimah berkenaan juga mestilah dibuat dalam konteks yang betul dan tidak disalahgunakan.
“Penggunaan kalimah-kalimah Islam seperti ‘Alhamdulillah’ dan seumpamanya oleh non-muslim dalam perbualan harian adalah harus dengan syarat tidak merendahkan kesucian agama Islam dan tidak mengandungi unsur penghinaan serta menggunakannya dalam konteks yang betul,” menurut kenyataan di Facebook.
Kenyataan itu dikeluarkan bagi menjawab persoalan berhubung hukum seorang bukan Muslim mengucapkan kalimah-kalimah Islam seperti ‘Alhamdulillah’, ‘InshaAllah’ dan seumpamanya dalam kehidupan seharian.
Baru-baru ini, Ahli Parlimen pembangkang, Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff mempersoalkan tindakan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming menggunakan kalimah sinonim dengan umat Islam pada persidangan Dewan Rakyat.
Siti Zailah (PN-Rantau Panjang) menyifatkan tindakan itu bukan sahaja mengelirukan masyarakat bukan Islam, malah seolah-oleh mempermainkan kesucian Islam.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






















