BERITA SEMASA
Gempa bumi sederhana gegar Papua Barat, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia
KUALA LUMPUR – Satu gempa bumi sederhana berukuran 5.8 magnitud dilaporkan berlaku di wilayah Papua Barat, Indonesia pada pukul 6.51 pagi tadi.
Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia), kejadian itu berlaku pada koordinat 3.4 darjah Selatan dan 139.4 darjah Timur dengan kedalaman 56 kilometer (km).
Gempa berkenaan dikesan kira-kira 176km barat daya dari Jayapura.
Bagaimanapun, MET Malaysia memaklumkan bahawa kejadian tersebut tidak menimbulkan sebarang ancaman tsunami kepada Malaysia.
SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








