BERITA SEMASA

Tiada laporan kerosakan, kemalangan jiwa susulan gempa bumi lemah di Segamat

SEGAMAT – Tiada laporan kerosakan harta benda, kecederaan atau kemalangan jiwa diterima setakat ini susulan gempa bumi lemah pukul 7.55 malam tadi.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Segamat, Mohd Ezzuddin Sanusi, pihak berkuasa keselamatan serta agensi berkaitan kini menjalankan pemantauan lanjut, lapor Kosmo.

Beliau yang juga Pegawai Daerah Segamat berkata, ini bagi memastikan keadaan di daerah itu kekal selamat terutama kepada orang awam.

“Satu gegaran lemah pada magnitud 2.7 dilaporkan berlaku di daerah ini pada pukul 7.55 malam ini.

“Gegaran berkenaan dapat dirasai oleh penduduk di beberapa kawasan sekitar daerah ini dan kawasan berdekatan,” katanya, malam tadi.

Menurutnya, Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) memaklumkan akan terus memantau keadaan bagi memastikan keselamatan penduduk di kawasan terlibat.

Mohd. Ezzuddin turut meminta orang ramai supaya bertenang dan tidak menyebarkan maklumat yang tidak sahih, sebaliknya mendapatkan perkembangan terkini melalui sumber rasmi seperti MetMalaysia dan agensi kerajaan lain.

“Orang awam digalakkan melaporkan sebarang insiden kecemasan kepada pihak berkuasa,” katanya.

Beliau turut menambah, JPBD Segamat akan terus menyalurkan maklumat terkini dari semasa ke semasa bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan masyarakat sentiasa terpelihara.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Check Also
Close
Back to top button