LUAR NEGARA

Gempa 6.1 magnitud gegar Sulawesi, gegaran dirasai di Sabah

KUALA LUMPUR – Gempa bumi kuat bermagnitud 6.1 melanda Semenanjung Minahassa, Sulawesi, Indonesia pada pukul 12.25 tengah malam tadi, dengan gegarannya turut dirasai di beberapa kawasan di Sabah.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi hantaran di Facebook memaklumkan gempa itu berpusat pada koordinat 0.1 darjah Selatan dan 120.6 darjah Timur, pada kedalaman 10 kilometer.

Lokasi gempa itu berada kira-kira 116 kilometer timur laut dari Palu, Indonesia.

Peta Semenanjung Minahassa di Sulawesi, Indonesia.

Menurut MetMalaysia, gegaran turut dirasai di sekitar Tawau, Lahad Datu dan Semporna, Sabah.

Bagaimanapun, agensi itu mengesahkan gempa itu tidak menimbulkan ancaman tsunami kepada Malaysia.

Setakat ini, tiada laporan mengenai kematian, kecederaan atau kerosakan akibat gempa berkenaan diterima.

Gempa bumi di kawasan Sulawesi lazim berlaku berikutan kedudukannya dalam zon aktif tektonik yang terdedah kepada pergerakan plat bumi.

Awal pagi semalam, gempa bumi kuat berukuran 7.7 magnitud menggegarkan Pulau Flores di Nusa Tenggara Timur, Indonesia dengan angka korban kini mencecah 47 orang.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button