JENAYAH & MAHKAMAH

Lelaki rugi RM12.47 juta, aset kripto lesap

IPOH – Seorang lelaki berusia 38 tahun mengalami kerugian RM12.47 juta selepas aset mata wang kripto miliknya dipindahkan keluar daripada dompet digital tanpa pengetahuan atau kebenarannya.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin berkata, mangsa menyedari kehilangan itu kira-kira jam 1 tengah hari semalam ketika berada di Teluk Intan.

Menurutnya, siasatan awal mendapati transaksi berkenaan membabitkan pemindahan aset kripto menerusi rangkaian blok rantai.

“Polis sedang menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti pihak yang terbabit serta mengesan transaksi berkenaan dengan bantuan Unit Mata Wang Kripto, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu, yang memperuntukkan hukuman penjara antara satu hingga 10 tahun, sebatan dan denda jika sabit kesalahan.

Mohd Alwi menasihatkan pengguna mata wang kripto dan dompet digital supaya berwaspada terhadap cubaan pancingan data serta penipuan dalam talian.

Beliau turut mengingatkan orang ramai supaya tidak menekan pautan mencurigakan atau mendedahkan frasa pemulihan, kunci peribadi dan kata laluan kepada pihak lain.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button