LUAR NEGARA
Gaza: Sekurang-kurangnya 178 orang awam terbunuh sejak pagi Jumaat
GAZA CITY – Seramai 178 orang awam, termasuk kanak-kanak dan wanita terbunuh manakala 289 yang lain cedera sejak tentera rejim zionis melancarkan semula serangan di Tebing Gaza pada pagi Jumaat.
Agensi Berita WAFA menyebut, Hospital Kamal Adwan di bandar utara Beit Lahia menerima lebih 54 mayat mangsa serangan.
Selain itu, 30 lagi mangsa yang terkorban, terutamanya kanak-kanak dan wanita dihantar ke Hospital Baptist di Gaza.
Hospital di bahagian selatan juga dilaporkan menerima puluhan lagi mangsa.
Tentera zionis meneruskan serangan di Tebing Gaza pada Jumaat, hanya beberapa minit selepas berakhirnya gencatan senjata.
SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








