JENAYAH & MAHKAMAH

Gara-gara desakan bayar sewa rumah, suami humban isteri ke dinding dan tumbuk kepala

BATU PAHAT – Mahkamah Majistret hari ini menjatuhkan hukuman penjara enam bulan terhadap seorang pekerja penghantar barang yang mengaku bersalah menumbuk muka serta kepala isterinya dalam kejadian yang berpunca daripada pertengkaran mengenai tunggakan sewa rumah.

Majistret Arun Noval Dass menjatuhkan hukuman tersebut terhadap Mohamad Norkholis Idris Imam Muryadi, 35, yang menghadapi dua pertuduhan, setelah meneliti pengakuan tertuduh serta fakta kes secara keseluruhan.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh yang mempunyai tiga anak didakwa mencederakan isterinya, 32, dengan menolak mangsa sehingga terhentak ke dinding di sebuah stor di Parit Raja pada 13 Jun lalu, pada pukul 9 pagi.

Pertuduhan kedua pula membabitkan tindakan tertuduh menumbuk muka dan kepala isterinya di dalam kereta yang diparkir di hadapan rumah, pada pukul 9.30 pagi, pada tarikh sama.

Semua pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 326A kanun sama.

Seksyen 323 memperuntukkan hukuman penjara setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya manakala Seksyen 326A, penjara dua kali ganda tempoh maksimum yang dikenakan ke atas sabitan mengikut Seksyen 323.

Berdasarkan fakta kes, pengadu yang juga isteri mangsa membuat laporan polis mendakwa dicederakan suaminya ketika berada di sebuah stor dan dalam kereta.

Siasatan mendapati, insiden bermula dengan pertengkaran mulut selepas tertuduh berang desakan isterinya yang memintanya menjelaskan tunggakan sewa rumah.

Tertuduh kemudiannya menolak wanita itu hingga tersandar pada dinding. Insiden itu berlarutan ketika pasangan itu dalam perjalanan pulang ke rumah.

Sebaik tiba di pekarangan rumah, tertuduh terus menumbuk muka dan kepada isterinya hingga cedera ringan.

Bertindak atas laporan dibuat, polis menahan tertuduh pada jam 1.35 tengah hari menahan tertuduh di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat bagi membantu siasatan.

Siasatan mendapati pasangan itu sebelum ini tinggal di rumah sewa tahun namun berpindah sebuah bilik selepas gagal menjelaskan sewa.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Firdaus Ruslan manakala tertuduh diwakili peguam Heng Eng Gee daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman penjara tiga bulan bagi setiap pertuduhan dengan kesemua dijalankan secara serentak bermula dari tarikh ditangkap 13 Jun lalu.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button