JENAYAH & MAHKAMAH

Ganti rugi fitnah Lim Lip Eng dikurangkan kepada RM75,000

PUTRAJAYA – Mahkamah Rayuan hari ini mengurangkan jumlah ganti rugi fitnah terhadap Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng daripada RM2 juta kepada RM75,000, namun mengekalkan liabilitinya dalam saman yang difailkan ahli perniagaan terkenal, Jessy Lai.

Keputusan itu disampaikan oleh Hakim Collin Lawrence Sequerah yang mengetuai panel tiga hakim bersama Hakim Ahmad Zaidi Ibrahim dan Hakim Faizah Jamaludin.

Menurut Sequerah, jumlah RM2 juta yang diputuskan Mahkamah Tinggi pada 2023 adalah “terlalu tinggi” serta tidak selaras dengan amalan lazim dalam kes fitnah.

“Mahkamah memutuskan defendan (Lim) perlu membayar RM50,000 kepada Jessy Lai dan RM25,000 kepada syarikatnya Monspace (M) Sdn Bhd.

Selain itu, kos sebanyak RM50,000 juga diperintahkan dibayar kepada plaintif,” memetik laporan FMT news.

Dalam penghakimannya, Sequerah berkata, kenyataan dibuat Lim adalah berdasarkan andaian semata-mata yang menggambarkan seolah-olah Lai merasuah pegawai kerajaan untuk mengelak tindakan penguatkuasaan.

“Defendan mengakui beliau tidak mengesahkan dakwaannya dengan plaintif sebelum membuat kenyataan tersebut. Tindakannya jelas menunjukkan niat tidak baik dan kecuaian,” katanya lagi.

Lai, pengasas firma e-dagang Monspace, memfailkan saman pada 2019 selepas Lim menuduh beliau dan syarikatnya menjalankan perniagaan haram serta menipu pelabur Cina.

Lim diwakili peguam SN Nair dan Guok Ngek Seong manakala pihak plaintif diwakili Ivanpal Singh Grewal.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button