BERITA SEMASA

Gangguan sistem IT global jejas Terminal 2 KLIA

SEPANG – Sistem daftar masuk dan tempahan utama AirAsia terjejas oleh isu teknologi maklumat (IT) global, mengakibatkan kelewatan dan pembatalan penerbangan yang menjejaskan ratusan penumpang di terminal 2 KLIA, sebentar tadi.

Dalam kenyataannya, Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) memaklumkan masalah tersebut telah menjejaskan sistem daftar masuk, paparan maklumat penerbangan, serta sistem kawalan bagasi.

“Anda mungkin mengalami daftar masuk yang lebih perlahan serta giliran yang agak panjang dan kami sedang melakukan yang terbaik untuk menangani situasi ini. Kami menghargai kesabaran serta pemahaman anda pada masa ini,” katanya di lama sosial X.

Katanya, MAHB bersama pihaknya sedang berusaha keras untuk memulihkan perkhidmatan secepat mungkin.

Dalam pada itu katanya, penumpang dinasihatkan untuk memeriksa status penerbangan mereka secara dalam talian sebelum menuju ke lapangan terbang bagi mengelakkan sebarang kesulitan tambahan.

Terdahulu, media antarabangsa melaporkan, gangguan siber global telah menyerang platform keselamatan siber CrowdStrike yang mengalami gangguan di seluruh dunia, menyebabkan masalah IT global dalam syarikat penerbangan antarabangsa, bank dan saluran media.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button