BERITA SEMASADALAM NEGERI

Gangguan Elektrik KLIA2: Laporan siasatan dijangka siap dalam empat minggu

PUTRAJAYA – Laporan siasatan berhubung gangguan bekalan elektrik di Terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) semalam dijangka siap dalam tempoh dua hingga empat minggu, kata Jurucakap Kerajaan MADANI, Datuk Fahmi Fadzil.

Beliau berkata, perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook dalam Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini.

Katanya, satu laporan akan menghuraikan secara terperinci punca kejadian serta langkah-langkah pencegahan oleh Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) supaya insiden itu tidak akan berulang.

Bagaimanapun menurut Fahmi, sistem sokongan sedia ada di KLIA2 telah memastikan operasi kritikal tidak terjejas sepanjang gangguan berkenaan.

Insiden berlaku kira-kira jam 2.15 petang semalam apabila terminal itu terputus bekalan elektrik selama 28 minit akibat panahan petir yang melibatkan sambungan kabel.

Related Articles

MAHB menjelaskan penjana sokongan berjaya diaktifkan serta-merta, sekali gus membolehkan sistem utama terus berfungsi.

Anthony Loke yang kebetulan berada di KLIA2 ketika kejadian menyifatkan insiden tersebut sebagai tidak boleh diterima kerana menjejaskan imej negara.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button