Fitnah Tok Batin di TikTok, lelaki direman empat hari
TAPAH – Seorang lelaki berusia lingkungan 30-an direman selama empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes fitnah terhadap seorang Tok Batin melalui platform media sosial TikTok.
Perintah reman sehingga 15 Jun itu dikeluarkan oleh Majistret Nurul Hidayu Zakaria di Mahkamah Majistret Tapah, di sini.
Suspek yang berpakaian biasa tiba di pekarangan mahkamah pada pukul 8.50 pagi dengan diiringi anggota polis, memetik laporan Kosmo! Online.
Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955.
Media sebelum ini melaporkan, lelaki berkenaan yang dipercayai memuat naik kandungan berunsur fitnah terhadap Tok Batin Kampung Lubuk Gaharu, Mohd Asmadi Abdullah berhubung isu penemuan pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, telah ditahan polis di kediamannya di Ipoh pada pukul 1 petang, semalam.
Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Abdul Malik Hasim berkata, setakat ini sebanyak 11 laporan polis telah diterima berkaitan kandungan berunsur fitnah yang dimuat naik di media sosial berhubung kes tersebut.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








