FINAS terus jadi tonggak industri kreatif negara – Fahmi Fadzil
KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil merakamkan penghargaan kepada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) di atas kejayaan memartabatkan industri kreatif tanah air selama lebih empat dekad.
“Selamat Ulang Tahun ke-44 FINAS. Terima kasih atas komitmen dalam memartabatkan seni, budaya dan suara rakyat Malaysia melalui filem dan kandungan tempatan.
“Semoga FINAS terus menjadi tonggak utama dalam memperkasa bakat, memperluas pasaran, dan memacu industri perfileman ke peringkat global,” tulisnya menerusi satu hantaran di Facebook hari ini.
FINAS yang ditubuhkan pada tahun 1981 merupakan badan utama dalam pembangunan industri filem Malaysia.
Ia termasuklah dalam aspek pembiayaan, penerbitan, latihan dan promosi kandungan tempatan.
Dalam era digital kini, peranan FINAS dilihat semakin mencabar namun penting dalam menyelaras transformasi kandungan kreatif negara ke pasaran global.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








